Veteran sedia jumpa PM bincang isu pencen

Veteran sedia jumpa PM bincang isu pencen

Kira-kira 100 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu pencen bekas tentera, yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Seorang pesara tentera, Mejar Meor Rosli Meor Mohd. Jaafar berkata, dia sanggup mengumpulkan seberapa ramai bekas tentera untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara tersebut serta beberapa perkara lain berkaitan kumpulan berkenaan.

“Saya nak bincangkan mengenai isu penyelarasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta beri keampunan kepada bekas tentera yang pernah membuat kesalahan supaya mereka dapat menerima pencen.

“Perdana Menteri boleh tetapkan tarikh serta lokasi di mana beliau sanggup berjumpa kami dan saya serta bekas tentera lain akan hadir di situ,” katanya ketika ditemui dalam perhimpunan aman bekas tentera di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan sepatutnya mempertimbangkan pemberian pencen ini kepada bekas tentera yang tidak menerimanya kerana ramai bekas tentera yang hidup susah ketika ini.

Tegas Meor Rosli, kerajaan seharusnya menghargai pengorbanan bekas tentera yang sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara semasa dalam perkhidmatan.

“Walaupun kami bekas tentera, kami sanggup mempertahankan negara sehingga sekarang sekiranya Malaysia diceroboh mana-mana pihak.

“Saya berharap kerajaan dapat meluluskan permintaan kami ini, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun,” ujarnya. K Online

Veteran sedia jumpa PM bincang isu pencen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker