Pegawai narkotik ke kediaman Shah Rukh Khan untuk lengkapkan siasatan

NEW DELHI: Pegawai agensi narkotik India pergi ke kediaman bintang Bollywood Shah Rukh Khan di Mumbai pada Khamis berhubung kes anak lelaki pelakon popular itu

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23, dan beberapa yang lain ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Okt lepas, berkaitan kes dadah.

Media sebelum ini melaporkan, tiada dadah terlarang ditemukan pada Aryan



Shah Rukh belum memberikan sebarang komen mengenai kes itu dan pada Khamis beliau buat pertama kali melawat anaknya di Penjara Arthur Road Mumbai.

Pasukan NCB pergi ke rumah bintang itu untuk melengkapkan siasatan dan bukan bertujuan melakukan penggeledahan, menurut laporan di laman web NDTV.

Mahkamah Tinggi Bombay akan mendengar permohonan ikat jamin Aryan pada minggu depan.

Sesetengah pihak di Maharashtra, negeri yang dianggap hub perniagaan dan dunia hiburan Mumbai, mengganggap kes dadah sebagai cubaan menyasarkan Bollywood dengan menyeret nama tersohor dunia ke dalam kontroversi dadah.



Menteri Maharashtra yang juga ahli politik terkemuka, Nawab Malik sebelum ini menganggap kes dadah ini sebagai bohong.

Pegawai narkotik ke kediaman Shah Rukh Khan untuk lengkapkan siasatan

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker