Arak Timah Usaha normalisasi minuman keras di Malaysia

Sebaran :

Tindakan biadab pengusaha minuman keras menamakan produk keluaran mereka sebagai ‘Timah’ merupakan satu usaha untuk menormalisasikan arak di negara ini.

Usaha licik ini wajar dikekang habis-habisan oleh pihak berkuasa dalam memastikan nama baik Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak terus tercalar.

Sehubungan itu, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), merasakan cadangan melucutkan kewarganegaraan pengusaha wajar diberi pertimbangan serius.

“Dalam hal ini kita perlu bertegas dengan lucutkan kewarganegara sebagai pengajaran kepada yang lain, tidak perlu lagi berdolak-dalih memandangkan ini isu yang serius kerana melanggar dan calarkan imej kita sebagai negara Islam.



“Permohonan maaf dan keterangan sahaja ke atas kes ini tidak boleh diterima kerana belum terbalas dengan penghinaan agama yang dilakukan oleh pengusaha minuman keras berkenaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa yang mencadangkan pengusaha minuman keras ‘Timah’ perlu dilucut kewarganegaraan berikutan tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Tambah Ustaz Zamani, pemimpin negara perlu mainkan peranan lebih berani dalam mempertahankan kepentingan bangsa dan agama ketika mendepani masalah ini.

“Majoriti kita memiliki pemimpin yang beragama Islam di Parlimen, jadi inilah masa sesuai kita perjuangkan agenda agama dan bangsa supaya tidak bawa kemudaratan kepada semua di masa depan.



“Jangan biarkan bangsa lain perlekehkan agama Islam sedang ini negara Islam yang ditadbir oleh orang Islam sendiri, seharusnya kita bertegas dalam perkara ini bukannya mengikut kehendak golongan berkenaan,” katanya.

Arak ‘Timah’: Usaha normalisasi minuman keras di Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Majlis Presiden PH tolak Norhizam jadi calon PRN Melaka


Sebaran :

Leave a Reply