KJ setuju terus kuat kuasa larangan merokok di kedai makan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan warganet yang mahu penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan diteruskan meskipun kerajaan telah bertukar tangan.

Menyifatkan inisiatif yang dibawa oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai dasar yang bagus, Khairy berkata, semalam, beliau telah meminta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

Beliau berkata demikian dalam ciapan balas kepada seorang pengguna Twitter @hafifyhafidz yang memohon penguatkuasaan itu diteruskan kerana kesal apabila masih ramai yang merokok dalam premis makanan.

”Mohon @Khairykj sebagai Menteri Kesihatan, kembali tingkatkan pematuhan larangan merokok di kedai makan. Makin ramai pulak hisap rokok dalam kedai macam larangan dah dihapuskan,” katanya.

Khairy dalam jawapan ringkas berkata: “Setuju. Ini dasar yang bagus dari zaman @DrDzul. Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi. 

“Sambil memantau pematuhan SOP pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” katanya dalam ciapan di laman Twitter, hari ini.

Kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 berkuat kuasa pada 1 Januari 2019, yang hanya membenarkan perokok merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

KJ setuju terus kuat kuasa larangan merokok di kedai makan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker