6 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir

Sebaran :

6 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir

Ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda enam buah negeri sehingga pukul 6 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, negeri yang terlibat ialah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kawasan di Perak melibatkan Kinta, Kampar dan Batang Pandang manakala di Pahang ialah Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin.



“Sementara di Negeri Sembilan ialah Jelebu dan Seremban. Bagi kawasan di Johor melibat Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Bagi kawasan di Sarawak, membabitkan kawasan di Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berterusan sehingga pukul 6 petang hari ini,” tambah kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan membabitkan beberapa kawasan perairan di Johor Timur dan Sabah yang akan melanda sehingga pukul 7 malam ini.



“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada dan berhati-hati susulan amaran yang dikeluarkan,” jelas kenyataan tersebut. K Online

6 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh


Sebaran :

Leave a Reply