Sultan Johor dipersembah taklimat Batu Puteh

Sebaran :

Sultan Johor dipersembah taklimat Batu Puteh

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam di Istana Pasir Pelangi, di sini, dengan perbincangan tertumpu kepada isu Batu Puteh.

Hadir sama pada pertemuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.



Minggu lalu, Sultan Ibrahim bertitah, tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran undang-undang kes Batu Puteh.

Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, baginda mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018 tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Pada 9 Oktober lalu, Kabinet bersetuju supaya pasukan petugas khas diwujudkan bagi tujuan semakan semula berkenaan Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata pasukan petugas khas itu akan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa.



Ismail Sabri berkata usaha itu bertujuan menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Batu Puteh. BH

Sultan Johor dipersembah taklimat Batu Puteh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh


Sebaran :

Leave a Reply