Guna nama TMJ, bapa dan anak diburu kes tukar AS$5 trilion

Guna nama TMJ, bapa dan anak diburu kes tukar AS$5 trilion

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan dua individu lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes pemalsuan dokumen tukaran wang asing yang didakwa menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kedua-dua lelaki warganegara tempatan itu mendakwa mereka pernah berkhidmat di Istana Johor.



Katanya, kedua-dua yang dicari adalah pasangan anak beranak dan dipercayai masih berada dalam negara.

“Berhubung kes penipuan membabitkan nama Tunku Mahkota Johor, kita sudah ambil keterangan daripada tiga suspek manakala dua individu lagi masih dicari.

“Mereka yang dicari ini adalah M. Paramesvaran, 64, dan anak lelakinya, P. Kuganathan, 34. Alamat terakhir mereka adalah Nombor 16, Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin, Ipoh, Perak,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kedua-dua suspek boleh menghubungi Asisten Superintendan Khairul Saberi Nyan di talian 019-5290024 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran. K Online



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Guna nama TMJ, bapa dan anak diburu kes tukar AS$5 trilion




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker