Jenazah Mohd Diya selamat dikebumikan

Jenazah Mohd Diya selamat dikebumikan

MELAKA – Jenazah Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat di sini semalam, selamat dikebumikan di Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, di sini, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 11.20 pagi selepas disembahyangkan di Masjid An-Nur Kampung Krubong dan majlis pengebumian selesai pada pukul 11.50 pagi.

Urusan pengebumian jenazah Allahyarham dilaksanakan dengan istiadat bomba dengan dihadiri kira-kira 200 anggota serta penduduk kampung memberi pernghormatan terakhir.

Allahyarham Mohd. Diya, 46, yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Jenazah Mohd Diya selamat dikebumikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker