Letupan paip gas di Lawas, seorang maut, 2 cedera

Letupan paip gas di Lawas, seorang maut, 2 cedera

LAWAS: Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) Petronas di Long Ugui, Lawas meletup pada kira-kira 2 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 2.50 petang selepas menerima laporan.

“Setibanya di lokasi, komander operasi memaklumkan keluasan kebakaran dan letupan dianggarkan pada jarak radius 400m dan kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal, jengkaut, jentolak dan lori.

“Seorang mangsa disahkan meninggal semasa berada dalam jengkaut manakala dua lagi mangsa cedera melecur di beberapa anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Hadi Wiyono manakala dua yang cedera hanya dikenali sebagai Hendrick dan Gabriel Meripa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan difahamkan pihak Petronas akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.

Sementara itu Residen Bahagian Limbang Sebi Abang meminta orang ramai di kawasan Long Ugui, Lawas agar tidak menghampiri kawasan tapak projek SSGP susulan kejadian letupan yang dilaporkan hari ini.

Beliau berkata semua pihak juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden terbabit yang melibatkan saluran paip di antara Long Ugui dan Long Sukang.

Sebi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Limbang enggan mengulas lanjut berita tular yang membabitkan kemalangan jiwa dan pekerja dalam insiden berkenaan yang dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 2.49 petang.

“Kita tunggu laporan rasmi pihak berkuasa kerana perkara ini sekarang berada di bawah kawalan pihak berkenaan,” katanya. FMT

Letupan paip gas di Lawas, seorang maut, 2 cedera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker