SALAH Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini – Klopp [VIDEO]

Salah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini – Klopp

JURGEN Klopp menegaskan Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia ketika ini selepas mempamerkan prestasi luar biasa buat sekian kali dalam kemenangan 5-0 Liverpool ke atas Watford, malam tadi.

Salah memintas rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika yang paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi larian solo yang menakjubkan selain menghasilkan hantaran hebat buat gol pembukaan Sadio Mane.

Persembahan mantap itu adalah kesinambungan daripada penampilannya sepanjang musim ini yang menyaksikan pemain sayap tersebut telah mencetak 10 gol dan empat bantuan jaringan dalam 10 penampilan. termasuk satu lagi gol yang mempesonakan ketika terikat 2-2 dengan Manchester City sebelum perlawanan antarabangsa rehat yang lalu.

Pengurus The Reds, Klopp, berasakan ia menjadi bukti untuk menyokong hujahnya bahawa Salah kini berada di kemuncak prestasinya.

“Persembahannya (Salah) cukup hebat hari ini,” kata pengurus kelahiran Jerman itu kepada BT Sport.

“Ia benar-benar luar biasa. Gol pertama adalah menerusi hantaran hebatnya tetapi kemudian jaringannya benar-benar luar biasa.

“Dia bersemangat untuk mencubanya di dalam kotak penalti. Dia mencubanya beberapa kali, tiada masalah, penyerang boleh melakukannya. Dia akhirnya berjaya menjaringkan gol walaupun terpaksa menunggu lebih lama. Adalah jelas kami memerlukan prestasinya untuk mencapai apa yang diimpikan.

“Dia sedang di kemuncak prestasi. Kita semua menyaksikannya. Siapa yang lebih baik daripadanya pada saat ini? Kita tidak perlu bercakap tentang apa yang pernah Messi dan Ronaldo lakukan untuk bola sepak dunia dan sudah berapa lama mereka benar-benar dominan.

“Tetapi pada masa ini, saya rasa sudah jelas bahawa tiada pemain yang lebih baik daripadanya. Bukan hanya semalam, dia sudah lama di tahap ini dan dia masih muda untuk mengekalkan prestasinya agar bertahan lebih lama.”

Salah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini – Klopp


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Salah bakal menjadi ‘legenda’ Liverpool

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker