Tanah runtuh: Seorang ibu hampir rebah, hilang 4 ahli keluarga sekelip mata

SUNGAI BULOH: Seorang ibu yang kehilangan empat ahli keluarga dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali kelihatan terlalu sedih dan lemah untuk berjalan, malah hampir rebah, selepas proses menuntut mayat mereka di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Beh Su Lee, 59, dari Sabak Bernam terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk menuju ke kereta ketika meninggalkan Jabatan Forensik.

Wanita itu kehilangan anak perempuan berusia 35 tahun, menantu lelaki (34), dan dua cucu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia enam dan satu tahun, dalam kejadian pagi Jumaat itu.

“Semalam saya sudah jumpa (camkan) tiga mayat. Hari ini saya jumpa (cam) lagi satu,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan hospital.

Beberapa minit sebelum Beh keluar dari Jabatan Forensik kelihatan dua buah van syarikat pengebumian meninggalkan jabatan tersebut, dipercayai membawa mayat empat ahli keluarga Beh.

Setakat ini 24 mangsa disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker