‘Car wash’ jadi sarang jual ‘ayam’
‘Car wash’ jadi sarang jual ‘ayam’
Tindakan licik sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik kedai mencuci kenderaan di Kepong dekat sini, terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Khamis lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata 16 wanita warga asing terdiri daripada 13 Vietnam dan tiga Thailand berusia 22 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di dua premis di kawasan itu, manakala tujuh lelaki tempatan yang merupakan pelanggan dan pekerja premis dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.
Beliau berkata satu daripada premis itu didapati menggunakan papan tanda pusat mencuci kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa manakala satu lagi hanya dibuka separuh pintu untuk pelanggan tetap mendapatkan perkhidmatan seks yang beroperasi dari 4 petang hingga 12 tengah malam.
“Hasil pemantauan, premis itu dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi, namun apabila masuk ke dalam bangunan premis ini menyajikan pelbagai hiburan serta pelayan pelanggan (GRO),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata semua warga asing yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta melanggar Akta Imigresen.
Beliau berkata, mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Tindakan licik sindiket pelacuran menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik kedai mencuci kenderaan di Kepong dekat sini, terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Khamis lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata 16 wanita warga asing terdiri daripada 13 Vietnam dan tiga Thailand berusia 22 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di dua premis di kawasan itu, manakala tujuh lelaki tempatan yang merupakan pelanggan dan pekerja premis dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan.
Beliau berkata satu daripada premis itu didapati menggunakan papan tanda pusat mencuci kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa manakala satu lagi hanya dibuka separuh pintu untuk pelanggan tetap mendapatkan perkhidmatan seks yang beroperasi dari 4 petang hingga 12 tengah malam.
“Hasil pemantauan, premis itu dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi, namun apabila masuk ke dalam bangunan premis ini menyajikan pelbagai hiburan serta pelayan pelanggan (GRO),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata semua warga asing yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta melanggar Akta Imigresen.
Beliau berkata, mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. FMT
‘Car wash’ jadi sarang jual ‘ayam’
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.