Ambil vaksinasi, ujian COVID-19 atau bercuti tanpa gaji
ROM: Itali semalam menggubal undang-undang yang memerlukan keseluruhan tenaga buruh negara itu sama ada awam atau swasta, mendapatkan pas kesihatan kerajaan.
Tindakan yang disifatkan tamparan baharu kepada kebebasan demokrasi Barat itu mewajibkan semua individu bekerja menerima suntikan vaksin dan menjalani ujian saringan COVID-19.
Undang-undang itu secara tidak langsung memaksa rakyat Itali untuk memilih sama ada mendapatkan pas kesihatan atau berdepan kekangan ketika meneruskan kelangsungan hidup.
Langkah itu, yang memerlukan bukti vaksinasi, ujian negatif atau baru pulih daripada COVID-19 untuk pergi bekerja, dilihat sebagai antara yang paling ketat di Barat, yang bergelut bagi mengimbangi antara kesihatan dengan kebebasan awam.
Di bawah peraturan baharu Itali itu, individu yang tidak memiliki sijil kesihatan yang dikenali sebagai Pas Hijau, perlu mengambil cuti tanpa gaji.
Pihak majikan bertanggungjawab mengesahkan sijil itu, yang kebanyakannya dipaparkan dalam aplikasi telefon pintar, namun cetakan sijil juga turut diterima.
Mereka yang ingkar peraturan itu berisiko didenda sehingga €1,500 (RM7,235) dan setakat ini, syarat Pas Hijau itu belum menerima tentangan perundangan yang serius.
Kerajaan memaklumkan langkah itu sudah berkesan apabila lebih 500,000 yang sebelum ini enggan divaksin, sudah mendapatkan suntikan pelalian COVID-19 sejak bulan lalu. – AGENSI
Ambil vaksinasi, ujian COVID-19 atau bercuti tanpa gaji
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU