Wanita simpanan tinggal kesan gincu agar kekasih bercerai

Wanita ini dengan bangganya mengaku sengaja meninggalkan kesan gincu pada pakaian kekasihnya yang merupakan suami orang. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita dikecam netizen kerana mendedahkan bahawa dia sengaja meninggalkan kesan gincu pada pakaian kekasihnya yang merupakan suami orang, lapor laman berita Suara.com.

Pengakuan wanita itu dibuat menerusi aplikasi TikTok yang kemudiannya dimuat naik oleh akaun Instagram @ratu.nyinyir.official.

Menerusi klip video itu, wanita berkenaan dengan beraninya mendedahkan bahawa dia sengaja berbuat begitu supaya kekasihnya itu bertengkar dengan isterinya.

Dia juga berharap agar pertengkaran itu seterusnya akan membuatkan mereka bercerai kerana dia ingin berkahwin dengan kekasihnya itu.



“Setiap kali berjumpa, saya akan meninggalkan kesan gincu pada bajunya supaya apabila isterinya mencuci baju itu, mereka akan bertengkar.

“Biar saya yang jadi satu-satunya ratu dalam hidupnya (teman lelaki),” demikian kenyataan yang dimuat naik pada video tersebut.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Nanti selepas anda menjadi isterinya, anda pula yang akan melihat kesan gincu pada pakaian si suami,” tulis seorang netizen.



“Bangganya menceritakan aib sendiri,” tulis seorang lagi netizen. – AGENSI

Wanita simpanan tinggal kesan gincu agar kekasih bercerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Vida terjah rumah Iqbal 3 pagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker