Kewangan syarikat meruncing, Mila Jirin bimbang nasib 100 pekerjanya

Mila Jirin bimbang nasib 100 pekerjanya

PETALING JAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dikuatkuasakan kerajaan bermula 12 Mei lalu sehingga 7 Jun nanti sekali lagi membuatkan penyanyi dan juga pengusaha katering Mila Jirin gusar memikirkan nasib lebih 100 orang pekerjanya.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, pelantun lagu Persis Mutiara itu tidak pasti sama ada dia mampu untuk mengekalkan kesemuanya pekerjanya itu pada masa akan datang jika situasi pademik hari ini masih serius dan hanya berserah pada Allah SWT.

“Tahun ini sekali lagi raya dengan penuh kegusaran di minda. Mampukah aku? Mampukah aku mengekalkan semua pasukanku dengan situasi sekarang?

“Sesungguhnya saya berserah 100 peratus kepada Allah SWT andai apa yang tidak cukup, semoga dicukupkan,” tulisnya.

Ujar Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 34, dia sedih sehingga menitiskan air mata mengenangkan wajah seorang demi seorang pekerjanya ekoran bimbang dengan nasib mereka suatu hari nanti.

“Pagi raya, menangis saya kenangkan wajah pekerja-pekerja saya. Lebih 100 orang. Mampukah aku kali ini?

Kewangan syarikat makin meruncing

“Kewangan syarikat makin meruncing. Subsidi upah yang dijanjikan sudah tujuh bulan tidak ada khabar berita. Majikan diarah supaya kekalkan pekerja, buat aduan di Perkeso pun tidak ada maklumbalas. Sudah dibuat aduan secara atas talian, hilang terus dari radar,” luahnya dalam Instagra.

Kata bekas juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu lagi, jika bergantung harap pada manusia, dia tahu pasti akan kecewa. Namun tidak jika dengan bergantung pada Allah SWT.

“Hati saya terdetik ketika sangat risau dengan nasib pada pekerja. Hati ini seolah berbicara supaya jangan risau kerana Allah SWT itu ada.

“Rezeki kita semua ditentukan olehNya. Jalankan apa sahaja yang ada, Allah SWT akan aturkan,” katanya.

Sebelum ini, Mila pernah menyuarakan rasa bimbang dan sedih mengenangkan nasib para peniaga termasuk dirinya apabila sekali lagi akan terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali yang ketiga.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya baru-baru ini, Mila menyifatkan keadaan dan situasi yang dihadapi kebanyakkan peniaga kini berada dalam keadaan tenat.

“Makin tenat! Suara orang-orang berniaga tenggelam tanpa bela! Selepas ini akan timbul pula penyakit semua dibuang kerja,” tulisnya. K Online

Mila Jirin bimbang nasib 100 pekerjanya


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker