KPN ‘gagal tepati janji’, perlu mohon maaf kepada Indira, kata NGO

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menuntut ketua polis negara memohon maaf kepada Indira Gandhi kerana gagal mengotakan janji untuk membantu wanita itu bersatu dengan anak perempuannya yang diculik bekas suaminya sebelum dia memeluk Islam pada 2009.

Lelaki itu dan anak perempuan bongsunya, yang berusia 13 tahun sekarang, masih gagal dikesan sehingga kini.

Pasukan Bertindak Indira Gandhi (INGAT) menggesa Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menepati janjinya sebelum bersara pada Mei ini.

Mereka berkata, ia termasuk dakwaan Hamid sedia menemui Indira dan menjanjikan “pengakhiran gembira” dalam kes itu

Pengerusi INGAT, Arun Dorasamy berkata, mereka menanti hampir dua tahun untuk menemui Hamid.

Guru tadika fail permohonan mohon KPN jawab 48 soalan

“Untuk semua janji gagal ditepati, anda tidak fikir ia wajar untuk memohon maaf kerana membiarkan Indira menaruh harapan. Beliau benar-benar terluka dan hatinya hancur luluh.”

Anak perempuan bongsu Indira, Prasana Diksa, diambil bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, sebelum dia memeluk Islam pada 2009. Prasana hanya berusia 11 bulan ketika itu.

Mahkamah memerintahkan Riduan memulangkan Prasana kepada Indira, tetapi dia tidak kelihatan sejak itu. Mereka dipercayai berada di luar negara.

Tahun lalu, Hamid berkata, polis sedang berunding melalui orang tengah untuk membawa Riduan dan Prasana pulang ke tanah air.

Indira kemudiannya menyaman Hamid dan kerajaan, menuntut pampasan atas kegagalan mereka melaksanakan perintah mahkamah untuk mengembalikan Prasana kepadanya.

Bukan salah UMNO menuntut dalam Kerajaan PN – Nik Abduh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker