Lelaki Hamil Antara 37 Emoji Baharu Bakal Muncul Di Peranti Anda Tak Lama Lagi

Lelaki Hamil Antara 37 Emoji Baharu Bakal Muncul Di Peranti Anda Tak Lama Lagi

EMOJI lelaki mengandung dijangka ‘tiba’ di telefon pintar anda

Organisasi berkenaan secara rasminya mengumumkan sejumlah 37 emoji baharu akan tersedia dalam kemas kini terbaharu versi 14.0.

Ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan emoji meningkat kepada 3,633.

Menurut Unicode Consortium, emoji lelaki mengandung diwujudkan bertujuan untuk mempromosi kepelbagaian jantina.

Antara emoji lain yang bakal diperkenalkan termasuk wajah cair, tabik hormat, mengetap bibir, ‘mini love’ dan juga emoji bersalaman antara pelbagai warna kulit.

Idea untuk mewujudkan emoji lelaki mengandung pertama kali dicadangkan pada bulan Julai lalu ketika Hari Emoji Sedunia pada 17 Julai.

Walaupun emoji baharu telah dimuktamadkan, ia biasanya akan memakan masa selama beberapa bulan sebelum tersedia di dalam peranti telefon pintar kerana syarikat seperti Apple dan Google akan mereka bentuk emoji mereka sendiri berdasarkan standard Unicode.

Dikhabarkan, kemas kini emoji 14.0 itu akan tersedia untuk pengguna seawal akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Lelaki Hamil Antara 37 Emoji Baharu Bakal Muncul Di Peranti Anda Tak Lama Lagi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker