Universiti Itali tawar pengajian sarjana kopi

Universiti Itali tawar pengajian sarjana kopi

FLORENCE, Itali – Sebuah universiti di Itali menawarkan pengajian di peringkat sarjana dalam kursus khas untuk mempelajari apa yang perlu diketahui mengenai kopi, lapor laman Wionews, semalam.

Universiti Florence sudah pun mula membuka peluang mengikuti kursus tersebut yang akan bermula pada Januari 2022.

Setakat ini, kumpulan pertama sarjana dalam bidang kopi telah menerima penyertaan daripada 24 pelajar yang mengambil masa pengajian selama sembilan bulan.

Mereka akan mempelajari setiap ilmu dari sudut praktikal dan teori mengenai kopi.

Penyelia kursus, juga ketua jabatan pertanian universiti tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kursus tersebut akan merangkumi semua aspek perniagaan.

Ia turut merangkumi pembelajaran berkenaan pembuatan minuman berasaskan bijian itu seperti sejarah, kimia, teknologi dan ekonomi kopi.

Mereka juga akan dihantar untuk mendapatkan latihan indistri dengan syarikat-syarikat berpengaruh dalam sektor tersebut.

Kumpulan pertama yang mengikuti kursus itu akan mempelajarinya dalam dalam bahasa Itali tetapi universiti itu bersedia untuk menawarkannya dalam bahasa Inggeris jika mendapat sambutan baik. K Online

Universiti Itali tawar pengajian sarjana kopi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker