Pelakon, pengarah ditahan disyaki terlibat dadah
Pelakon, pengarah ditahan disyaki terlibat dadah
Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah menerusi serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Omar Bakhtiar Yaacob, pelakon terbabit antara tiga ditahan yang juga seorang pengarah drama dan filem serta seorang penolongnya, masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.
“Ketiga-tiga mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dengan dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar yang bertindak atas maklumat pada 7.15 pagi,” katanya, menurut laporan Bernama.
Pemeriksaan di tiga bilik di rumah tersebut menemui dadah jenis ganja dan syabu dianggarkan bernilai RM270, katanya.
Omar berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati semua mereka positif dadah manakala seorang daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Katanya ketiga-tiga lelaki itu direman dua hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT
Pelakon, pengarah ditahan disyaki terlibat dadah
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.