DAP Ada Niat “Jahat” Enggan Terima Bayaran Balik Pinjaman NFC Melalui Pembeli Baharu?

Oleh Nurul Aisyah

DAP dilihat bermain “wayang” seolah-olah mereka pentingkan kebajikan rakyat sedangkan tindakan pemimpin parti itu dilihat terlalu mencurigakan. Tidak ada sebarang manfaat yang mampu diberikan oleh DAP kepada rakyat samada ketika mereka menjadi kerajaan atau pun pembangkang.

Ketika Pakatan Harapan(PH) menjadi kerajaan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak memberi kelulusan kepada pembeli baharu untuk mengambil alih projek Syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), sebaliknya beliau mahu meneruskan saman sivil bagi menuntut syarikat itu membayar balik seluruh pinjaman berjumlah RM250 juta. Tindakan Guan Eng itu dianggap sangat pelik dan tidak masuk akal.

Jika Lim Guan Eng benar-benar mahu hutang NFC diselesaikan secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat maka beliau sepatutnya meluluskan cadangan pembayaran melalui pembeli baharu yang mengambil alih projek tersebut.

Selama ini DAP sering mengaitkan projek NFC dengan Datuk Seri Najib walaupun bukan beliau yang meluluskan pinjaman RM250 juta kepada syarikat tersebut. Parti keluarga Lim itu, menjadikan nama PM ke-6 dan NFC sebagai propaganda utama PH selama 9 tahun.

Pinjaman NFC tersebut diluluskan oleh Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian pada tahun 2006 – iaitu 2 1/2 tahun sebelum Najib menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Memetik sumber, ianya bukan geran percuma ataupun projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat laporan terowong Pulau Pinang.

Selepas diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan projek pada garis masa yang ditetapkan kerana ada beberapa projek infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian telah lambat dibina.

Walaupun projek mereka telah diperlambatkan, syarikat NFC masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman tersebut. Oleh itu, mereka menggunakan sebahagian dari dana ini untuk pelaburan-pelaburan lain yang tidak ada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan untuk membayar faedah pinjaman.

Bagaimanapun, ini dipercayai kononnya telah melanggar syarat-syarat pinjaman.

Dengan itu, pemilik NFC didakwa di dalam mahkamah namun akhirnya, mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang. Pada masa yang sama, kerajaan BN masa najib sebagai PM juga telah menyita aset-aset mereka termasuk baki wang tunai sebanyak RM80 juta.

Jumlah tersebut tidak cukup untuk menjelaskan seluruh pinjaman RM250 juta kerana sebahagian dari pinjaman itu telah digunakan untuk membina ladang untuk NFC termasuk untuk membiayai kos operasi mereka.

Kerajaan BN pernah mempertimbangkan beberapa kali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam untuk mendapat balik seluruh dana RM250 juta itu, tindakan ini tidak sempat diambil kerana syarikat NFC memberitahu kerajaan bahawa mereka sedang berunding dengan beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara untuk mengambil alih projek NFC itu.

Pembeli tersebut juga bersetuju untuk menanggung bayaran untuk pinjaman termasuk seluruh kos faedah.

Akhirnya selepas PRU14, syarikat NFC telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan bagi pihak pembeli baru ini mengambil alih projek. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC.

Jawapan yang diberi oleh Lim Guan Eng sangat mencurigakan. Beliau tidak memberi kelulusan kepada pembeli baharu untuk mengambil alih projek NFC dan membayar  pinjaman termasuk seluruh kos faedah, sebaliknya Guan Eng mahu meneruskan saman sivil bagi menuntut syarikat itu membayar balik seluruh pinjaman berjumlah RM250 juta.

Tindakan DAP tersebut mendedahkan “game” propaganda yang dimainkan oleh parti tersebut selama ini. Dap mengetahui nilai propaganda NFC jauh lebih tinggi untuk mereka berbanding dana RM250 juta atau kejayaan projek tersebut.

Hampir sembilan tahun DAP dikatakan telah menyebarkan propaganda menipu bahawa RM250 juta telah disonglap oleh Najib dan digunakan untuk membeli kondo untuk menyimpan lembu. Mereka membuat propaganda tanpa sedikit pun rasa bersalah.

PRU-15 bakal diadakan dalam masa terdekat.Agak-agaknya apa pula propaganda yg akan menjadi “siulan” DAP kali ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker