Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy

Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan lawatan mengejutnya ke beberapa hospital sejak kebelakangan ini bukan untuk mencari kesalahan atau menghukum sesiapa.

Sebaliknya beliau memberitahu, lawatan itu sebenarnya sudah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengarah hospital terbabit.



Jelasnya, lawatan mengejut itu dibuat kerana beliau mahu berinteraksi secara terus dengan doktor yang mungkin enggan meluahkan apa yang terbuku di hati mereka sekiranya terdapat pengarah hospital bersama.

“Saya sudah maklum kepada pengarah (hospital) saya buat pemeriksaan mengejut ini bukan untuk cari salah bukan untuk menghukum.

“Saya buah pemeriksaan sebab hendak cakap secara langsung dengan doktor. Takut pengarah ada dia tak nak cakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tujuan lawatan mengejutnya sebelum ini dalam temubual eksklusif secara langsung di Astro Awani malam ini.



Awal bulan ini, Khairy membuat satu lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban selepas berbuat demikian di Hospital Kajang, Selangor pada bulan lalu.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu telah melakukan lawatan yang berbeza-beza sama ada rasmi atau pun tidak.

Ujar beliau, lawatan rasmi yang dibuat sudah pasti penting kerana pengarah dan pengurusan tertinggi hospital hadir untuk memberikan taklimat secara mendalam.

“Tapi ada juga tempatnya saya buat lawatan tidak rasmi ini. Lawatan ini bukan saya hendak dengar taklimat tapi saya hendak dengar secara langsung, pelanggan hospital yang menunggu keluarga di luar dan berapa lama menunggu serta tidak boleh masuk bersama ahli keluarga yang sakit kerana Covid-19.



“Saya boleh berinteraksi dengan staf dan juga doktor. Saya pergi sekarang ini kerana saya banyak hendak berbual dengan doktor kontrak hendak tahu masalah mereka dan bagaimana hendak selesai doktor kontrak ini.

“Saya jugan mengambil masa untuk berbual dengan kakitangan sokongan perkhidmatan seperti pengawal keselamatan sebab mereka penting untuk hospital.

“Pemandu ambulans (seperti contoh) adakah kita dapat sampai pemanggil dengan waktu yang cepat. Ini memberikan gambaran yang berbeza kadag-kadang daripada taklimat. Jadi bila saya ada taklimat itu bolehlah saya tanya soalan daripada yang saya kumpul lawatan saya di medan,” katanya. MG

Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker