Krisis Melaka bukti perpecahan parti politik makin parah

Kemelut politik di Melaka menjadi bukti perpecahan parti politik semakin parah, sama ada di peringkat akar umbi hinggalah kepimpinan tertinggi.

Ia bermula apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Idris berkata, penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang `flip-flop’ serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Selain itu, ADUN Sungai Udang itu mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir, yang menyebabkan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka.

Pemerhati politik, Ir Ts Mohd Khoushaini Hj Mohd Naim berkata, tindakan bekas Ketua Menteri Melaka itu tidaklah membawa kepada suasana yang lebih baik bahkan menjemput mudarat yang lebih besar jika Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP diberi peluang memerintah kembali.

“Cukuplah pengalaman kita terpaksa berdemo dan ke balai polis siang dan malam ketika 22 bulan PH memerintah atas pelbagai isu seperti isu arak, pengiktirafan UEC, penularan ajaran Syiah, penghinaan Nabi SAW, isu komunis dan lain-lain.

“Adakah tindakan beliau itu didasari dendam dan perselisihan peribadi ketika kalah dalam pemilihan UMNO Tangga Batu sebelum ini?

“Apakah beliau sanggup mengutamakan kepentingan peribadi dan menjual prinsip sehingga berpakat dengan Presiden PKR untuk mencalonkan dirinya sebagai Ketua Menteri yang baru?” soalnya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, jika betul dakwaan yang dikemukakan Idris, seharusnya penyelewengan itu harus dilaporkan kepada SPRM dan tindakan mahkamah perlu diambil, bukannya menggadaikan nasib rakyat dan negeri.

“Adegan lompat parti ini sudah tentu telah merisikokan rakyat Melaka untuk mengundi ketika COVID-19 dan menggugat kepercayaan rakyat kepada sistem politik negara,” katanya.

Krisis Melaka bukti perpecahan parti politik makin parah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SUHAKAM lebih ‘juarakan’ golongan songsang berbanding Islamofobia?

Pilihan raya atas nama demokrasi ketika negara masih diancam COVID-19 tidak wajar!

Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

BMW iX Configurator, kereta elektrik bertaraf premium

Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker