Ronaldo pemain terbaik bulanan EPL

LONDON: Cristiano Ronaldo menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan, Liga Perdana (EPL) selepas kembali ke Old Trafford.

Selepas membuat penampilan kedua penuh emosi bersama Red Devils berdepan Newcastle, CR7 meledak tiga gol dalam tiga penampilan pada September.

Pemain berusia 36 tahun itu meledak dua gol ketika menang 4-1 menentang Newcastle pada permulaan September, selain ketika menang 2-1 mengatasi West Ham.



CR7 menewaskan Joao Cancelo, Antonio Rudiger, Allan Saint-Maximin, Ismaila Sarr dan Mohamed Salah bagi meraih anugerah itu.

Penyokong mengundi menerusi laman sesawang Liga Perdana dengan panel daripada pakar bola sepak juga membantu mencari pemenang.

Ia kali kelima Ronaldo dianugerahkan Pemain Terbaik Bulanan ketika dia juga meraih gelaran sama pada November dan Disember 2006 selain Januari dan Mac 2008.

Dia menyamai rekod Wayne Rooney bersama Manchester United dengan menang lima kali. – AGENSI



Ronaldo pemain terbaik bulanan EPL


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hakim AS saran kes rogol Ronaldo digugurkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker