Covid-19: 115 lagi terkorban, tertinggi sejak 7 Okt 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan sebanyak 27,500 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 3,496,090 orang.
Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan 115 kematian baru untuk tempoh sama. Ia menambah jumlah korban akibat Covid-19 menjadi 32,942 orang.
Kematian terkini adalah yang tertinggi sejak 7 Okt 2021 apabila 132 kematian direkodkan.
Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 997 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.
Kes aktif meningkat sebanyak 27,500 kepada 321,037. Dalam dua minggu terakhir, kadar jangkitan aktif telah meningkat daripada 202,708 kepada 321,037, iaitu pertambahan sebanyak 58.37 peratus.
Kes baru mengikut negeri ialah seperti berikut:
- Selangor (6,494)
- Kedah (2,752)
- Pulau Pinang (2,422)
- Sabah (2,236)
- Kuala Lumpur (2,092)
- Johor (1,949)
- Kelantan (1,758)
- Perak (1,430)
- Negeri Sembilan (1,373)
- Sarawak (1,357)
- Pahang (1,331)
- Terengganu (896)
- Melaka (664)
- Labuan (364)
- Perlis (211)
- Putrajaya (171)
Daripada 115 kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, 36 daripadanya diisytiharkan sebagai meninggal dunia sebelum sempat diberikan rawatan.
Sepanjang minggu lalu, secara purata 64.9 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 32.1, menunjukkan bahawa kematian Covid-19 negara kini dalam aliran menaik.
Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 32,942 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.
Johor menjadi negeri paling banyak mencatatkan kematian baru, iaitu seramai 25 orang diikuti Sabah (24), Selangor (18), Kedah (8), Negeri Sembilan (8), Perak (7), Pahang (6), Kuala Lumpur (6), Kelantan (4), Pulau Pinang (3), Melaka (2), Perlis (2), Sarawak (1), Terengganu (1), .
Ketika ini ada seramai 8,182 pesakit Covid-19 sedang dirawat di kemudahan kesihatan dengan 360 orang daripada mereka berada di unit rawatan rapi.
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
You must be logged in to post a comment.