Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga minggu depan
Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga minggu depan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua di beberapa kawasan berkuat kuasa sehingga 13 Oktober ini.
MetMalaysia dalam laporan cuacanya hari ini berkata, paparan imej carta angin semasa menunjukkan angin masih bertiup kencang di sekitar atitud yang lebih ke arah utara melibatkan kawasan perairan Phuket dan juga di sekitar kawasan perairan laut China Selatan.
“Keadaan itu menjadikan kelajuan angin boleh mencecah sehingga 60 kilometer per jam dan sekaligus boleh menyebabkan ketinggian ombak mencapai sehingga 4.5 meter.
“Oleh itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan juga laut bergelora kategori pertama di Phuket, Condore, Labuan, Sulu, Reef South serta kategori kedua seperti di Reef North, Palawan dijangka akan berkuat kuasa sehingga 13 Oktober ini,” katanya di sini hari ini.
Selain itu katanya, sepanjang tempoh amaran tersebut, keadaan perairan berkenaan masih lagi berbahaya untuk semua aktiviti perairan dan juga perkapalan termasuklah melibatkan bot-bot kecil.
“Seterusnya, melalui paparan imej gema rada semasa pula, diperhatikan keadaan cuaca cerah di hampir kesemua negeri di semenanjung Malaysia kecuali melibatkan sedikit di sekitar negeri-negeri di utara semenanjung yang dijangkakan akan beransur reda menjelang lewat pagi nanti.
“Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, keadaan cuaca hampir serupa. Kini berlaku di mana keadaan cuaca adalah cerah di hampir ke semua bahagian di kedua-dua buah negeri terbabit,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, untuk petang nanti keadaan cuaca lembap masih lagi dijangka boleh berlaku melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur semenanjung juga di sekitar bahagian utara negeri Sarawak, Sandakan dan juga Tawau negeri Sabah. K Online
Amaran angin kencang dan laut bergelora hingga minggu depan
Baca Artikel Menarik :
- Jalan berlubang telefon Shahidan, 019-454 5111
- Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq
- Pandora Papers, ini apa kata Najib
- Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama
- Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi
- Sesungguhnya azab neraka itu pedih tak terperi – Netizen
- Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV
- Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan
- Penduduk berang, bakar pencuri motosikal hidup-hidup
- Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen
- Resepi Kari Tulang Rebung, Sedap Betul Lauk Ni
Layari Laman Facebook MYKMU
Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika