KKM lulus vaksin Pfizer sebagai dos penggalak

KKM lulus vaksin Pfizer sebagai dos penggalak

Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer sebagai dos penggalak, sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi penggunaan dos penggalak.

Katanya, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko vaksin tersebut kekal positif.

“Mesyuarat telah memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer iaitu ‘Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection’ (Comirnaty) keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

“Vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun 2021,” kata beliau dalam kenyataan.

Hisham berkata, KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD. FMT

KKM lulus vaksin Pfizer sebagai dos penggalak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker