1
1

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan maklumat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris bagi tujuan berkenaan.
“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” katanya hari ini.
Idris dalam satu temubual kelmarin mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin UMNO.
Atas sebab tersebut, beliau menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka dengan tujuan menyelamatkan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
SPRM siasat dakwaan Idris
Baca Artikel Menarik :
Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.