Rosmah menangis ketika perbicaraan
Rosmah menangis ketika perbicaraan
Rosmah Mansor gagal mengawal perasaan ketika perbicaraan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion, dengan mengatakan pendakwaan terhadapnya adalah pendakwaan terpilih dan berniat jahat.
Isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu menangis teresak-esak ketika memberi keterangan semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tertuduh dilihat mengesat mata apabila mendakwa tiga tuduhan rasuah terhadapnya adalah pendakwaan terpilih dan berniat jahat.
Rosmah mempersoalkan mengapa saksi pendakwaan lain seperti menteri pendidikan ketika itu, Mahdzir Khalid dan Rizal Mansor yang mengaku sebagai bekas pegawai khasnya tidak didakwa atas projek yang diberikan kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.
Dia mendakwa pihak pendakwaan tidak mendakwa saksi-saksi ini, sebaliknya memanggil mereka untuk memberi keterangan dan “menuding jari” terhadapnya, yang tidak memiliki jawatan rasmi dalam kerajaan dan tidak boleh meluluskan projek tersebut.
“Ini adalah tindakan keji dan jahat terhadap saya dan keluarga.
“Ini juga merupakan satu bentuk pendakwaan jahat dan selektif terhadap saya,” katanya sebelum menangis teresak-esak di mahkamah.
Tangisan itu menyebabkan peguam bela utama Akberdin Abdul Kader bertanya kepada Rosmah apakah dia baik-baik sahaja dan tertuduh menjawab dia baik-baik saja dan boleh meneruskan keterangan.
Rosmah, 70, menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.
Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek Kementerian Pendidikan.
Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan tenaga solar dan diesel.
Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh menerima suapan RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk mendapatkan projek tersebut.
Dalam pernyataan pembukaan oleh pasukan peguamnya semalam, Rosmah berpendapat Rizal adalah dalang sebenar di sebalik kes rasuah itu.
Pada 8 Januari tahun lalu, pihak pendakwaan memohon untuk menggugurkan tuduhan terhadap Rizal, sebagai balasan atas keterangannya terhadap Rosmah.
Pada 18 Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah untuk membela diri, setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuat kes prima facie terhadapnya. Mk
Rosmah menangis ketika perbicaraan
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU