Pak menteri, jenguklah kami

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN diminta menilai semula harga getah di pasaran yang terlalu rendah. Jika berterusan begini, sukar bagi golongan peneroka untuk meneruskan kehidupan.

Sekarang harga getah adalah RM1.50 sekilogram. Bayangkan dengan kejatuhan harga getah tetapi harga barangan termasuk keperluan asas terus meningkat di pasaran.

Penoreh getah yang berpenat lelah menghasilkan bahan mentah hanya mampu meraih pendapatan antara RM150 hingga RM300 sebulan dan menyebabkan kami berada di bawah paras kemiskinan.

Kami peneroka begitu terkesan dan terseksa menghadapi situasi sukar ini. Jadi, kerajaan perlu membantu menaikkan harga komoditi tersebut. Keadaan semakin teruk apabila faktor cuaca tidak mengizinkan peneroka turun menoreh.

Apa guna menjadi menteri sekiranya tidak dapat membantu orang kampung yang kehidupan mereka semakin terhimpit? Turunlah padang, lihat dengan mata sendiri kesengsaraan yang dihadapi oleh kami. Jumpa kami dan tanyakan masalah yang dihadapi, mana tahu akan dapat jalan penyelesaian.

Jika dilihat banyak industri yang mengaut untung daripada hasil getah seperti kilang sarung tangan, namun yang kaya raya adalah mereka tetapi bagi peneroka terus dihimpit kesusahan dan kemiskinan.

Malah negara turut mengaut keuntungan daripada hasil getah yang merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara. Bukannya kami tidak sedar permintaan terhadap getah sangat tinggi, namun ia tidak memberi kebaikan kepada penoreh.

Sekiranya harga getah dinaikkan, kami mampu mendapat lebihan pendapatan berbanding kebiasaan. Kadar kenaikan harga getah perlu dinilai dan dilihat berdasarkan harga barangan di pasaran. Sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kami terutama yang sudah berkeluarga.

Diharap kerajaan tidak memekakkan telinga dan membutakan mata dengan masalah dihadapi golongan peneroka. Kawalan harga getah perlu diwujudkan bagi memastikan harga komoditi tersebut seimbang di pasaran.

ZAINAL ABIDIN
Kampung Katong, Pauh, Perlis

Pak menteri, jenguklah kami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tukar menteri gagal capai prestasi 100 hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker