Kompaun hukuman tanpa sabitan

KEPUTUSAN untuk mengenakan kompaun dalam sesuatu kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 adalah dibenarkan dengan keizinan Pendakwa Raya. Kompaun adalah satu bentuk penalti atau hukuman atas kesalahan antara pihak tertuduh dengan pihak berkaitan tanpa melibatkan sabitan daripada pihak mahkamah.

Tidak timbul isu tindakan mengkompuan adalah perkara luar biasa kerana mengikut seksyen berkenaan, ia dibenarkan namun tertakluk kepada kesalahan tertentu sahaja. Contoh mudah, seseorang yang melakukan khianat sehingga mendatangkan kerugian atau kemungkiran kontrak pekerjaan yang mana kedua-duanya merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan boleh dikompaun.

Bagaimanapun, bukan semua bentuk kesalahan boleh dikompaun dan hanya kesalahan-kesalahan tertentu dibenarkan oleh undang-undang.



Mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001, pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa berkaitan, boleh dengan keizinan Pendakwa Raya mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu, apa-apa amaun tidak melebihi 50 peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.

Ini termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan berterusan yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

Bagi kes-kes yang telah didakwa di mahkamah, kompaun hanya dibuat dengan kebenaran Pendakwa Raya.

AMLATFPUAA 2001 membenarkan tindakan pembekuan, menyita atau melucut hak sesuatu harta dalam apa jua bentuk bagi mendapatkan semula wang yang telah digunakan untuk kegunaan tidak sah. Tindakan kompaun adalah dibenarkan di bawah undang-undang, berdasarkan kesalahan tertentu. Misalnya merujuk kepada kes Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dikenakan kompaun RM1.1 juta.



Merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tindakan kompaun yang dikenakan ini merupakan satu tindakan punitif terhadap mana-mana individu terlibat. Ia merupakan satu bentuk pemulangan aset di bawah AMLATFPUAA 2001.

Bagaimanapun, ada juga kesalahan yang tidak boleh dikompaun, misalnya membabitkan kes jenayah berat di bawah Kanun Keseksaan. Kesalahan di bawah pengubahan wang haram tidak sama dengan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan seperti mencuri, merompak dan pecah amanah.

DR. Noorfajri Ismail ialah Pensyarah Kanan Prosedur Jenayah, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kompaun hukuman tanpa sabitan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO bahagian perlu ada kekuatan politik tampil calon muda



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker