Tukar menteri gagal capai prestasi 100 hari

KOTA KINABALU: Kegagalan men­teri menunjukkan pencapaian prestasi yang baik dalam tempoh 100 hari mungkin boleh disusuli dengan tindakan menggantikan mereka dengan pe­mimpin yang lebih layak.

Maka, Kerajaan Persekutuan harus menetapkan kaedah tertentu untuk mewajibkan setiap menteri memikul bertanggungjawab sekiranya gagal melaksanakan tugas dengan baik selama tempoh tersebut.

Beliau berkata, pendedahan prestasi 100 hari itu akan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk membolehkan mereka memahami sejauh mana aspirasi Keluarga Malaysia ini tercapai. Rakyat akan berasa kecewa sekiranya pencapaian ini tidak didedahkan kepada umum.



Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, itu sebabnya penting untuk mendedahkan Kad Laporan Pencapaian Aspi­rasi Keluarga Malaysia 100 hari, selaras dengan era politik alaf baharu yang mahukan ketelusan dan keterbukaan sebagai asas kepimpinan negara.

Walau bagaimapun kata­nya, tidak semestinya mereka per­lu mencapai 100 peratus indeks pretasi utama (KPI) yang ditetapkan. Rakyat hanya ingin melihat kesungguhan mereka berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kita tahu ada perkara yang sukar dicapai, jadi jika pencapaian melebihi 60 peratus pun sudah memadai. Pada masa yang sama, usaha perlu dipergiatkan untuk mencapai pretasi yang baik.

“Saya percaya rakyat tetap mahu melihat semua menteri atau kementerian mencapai 100 peratus pretasi ditetapkan. Jika mereka tidak punya kemampuan maka, Perdana Menteri sewajarnya memikirkan langkah yang lebih proaktif untuk memastikan aspirasi nasional yang diilhamkan tercapai,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.



Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS, Prof. Madya Dr. Lee Kuok Tiung berpendapat penilaian prestasi dalam tempoh 100 hari itu perlu bersifat realistik kerana tempoh itu terlalu singkat.

Katanya, jika dilihat terdapat dua komponen yang akan terlibat dalam penilaian ini iaitu menteri dan kementerian.

“Prestasi itu boleh diukur berdasarkan matlamat ditetapkan dan aspek kepimpinan yang bersifat subjektif, apatah lagi apabila ia membabitkan pendapat awam yang bersandarkan kepada pengetahuan, sikap dan kepercayaan yang berlainan.

“Jadi, tidak kira apa juga pencapaian yang ditunjukkan, ia akan mengundang pandangan yang berbeza atau bertentangan kerana dipengaruhi ideologi politik. Maka,apabila kad laporan itu didedahkan pasti ada yang memuji dan ada yang akan mengkritik,” katanya.



Jelas beliau, sasaran aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dimuktamadkan berdasarkan enam teras utama itu juga perlu dijelaskan secara terperinci agar rakyat memahaminya dan kemudian barulah boleh menilai berdasarkan pencapaian pres­tasi yang didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemo­denan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) perlu bertindak memainkan peranan sebagai penyelaras bersama.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan semua jemaah menteri diarah untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat bagi menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi ke­sejahteraan Keluarga Malaysia.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dick Lembang pula berkata, setiap menteri harus mengumumkan aspirasi atau sasaran 100 hari untuk dinilai oleh rakyat dan menteri yang gagal mencapai aspirasi itu wajar melepaskan jawatannya.



Katanya, memandangkan ter­dapat seramai 69 orang menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet, pendedahan pencapaian kementerian dan menteri kepada rakyat ini amat penting.
“Saiz Kabinet amat besar and rakyat ingin tahu apakah sasaran mereka dan adakah sasaran itu sudah dicapai selepas 100 hari,” katanya ketika dihubungi.

Tukar menteri gagal capai prestasi 100 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker