Demi Cucu Nak Kahwin, Nenek Berusia 105 Tahun Ini Tekad Ambil Vaksin
Demi Cucu Nak Kahwin, Nenek Berusia 105 Tahun Ini Tekad Ambil Vaksin
IPOH: JIka sebelum ini seorang warga emas berusia 101 tahun bersetuju dan tekad untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini seorang lagi warga emas yang berusia 105 tahun turut melakukan perkara sama.
Goh Bak Nai, yang tinggal di Taman Sin Far di dekat sini dibawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pakar Komuniti Ipoh (PCSH) dengan ditemani ahli keluarga untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.
“Sebelum pandemik COVID-19, nenek gemar keluar untuk meminum teh di kedai namun aktiviti itu tidak dapat dilakukan kerana COVID-19 sejak lebih setahun.
“Kami sekeluarga memberitahunya bahawa individu yang lengkap divaksin mendapat beberapa kelonggaran oleh kerajaan seperti makan di kedai. Justeru, dia bersetuju untuk divaksin.
“Selain itu, saya juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas sambutan Krismas penghujung tahun ini yang mana majlis berkenaan telah ditangguh sejak tahun lalu akibat COVID-19. Nenek beritahu bahawa dia juga mahu hadir majlis itu nanti.
“Akan tetapi, berdasarkan situasi semasa, saya melihat kemungkinan majlis itu akan ditangguh lagi. Walau bagaimanapun saya berpandangan lebih baik nenek tetap menerima vaksin terlebih dahulu. Saya gembira akhirnya nenek menerima vaksin,” katanya.
Dia ditemui ketika menemani neneknya untuk mendapatkan suntikan vaksin di hospital swasta berkenaan di sini, pada Rabu.
Bak Nai dipercayai tenang dan gembira sebelum dan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sementara itu, Wen Jie yang tinggal dan menjaga neneknya sejak beberapa tahun mengakui gembira kerana nenek kesayangan akhirnya menjadi individu terakhir dalam kalangan ahli keluargnya yang menerima vaksin.
Wen Jie memberitahu walaupun mencecah usia 105 tahun namun neneknya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik kecuali tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Pada masa sama, anaknya yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Perak, Datuk Ng Kheng Yeow turut menzahirkan rasa gembira kerana ibunya menerima suntikan vaksin.
“Sebelum ini kami mengajaknya untuk menerima suntikan vaksin walau bagaimanapun katanya dia memerlukan sedikit masa. Selepas kami sekeluarga sudah menerima vaksin, akhirnya dia bersetuju untuk melakukan perkara sama.
“Selepas diberitahu dia akan menerima suntikan vaksin, dia bersama gembira. Kami juga berkongsi perasaan yang sama,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik.-Awani
Demi Cucu Nak Kahwin, Nenek Berusia 105 Tahun Ini Tekad Ambil Vaksin
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.