Mulut jangan celupar sangat – Fauzi Nawawi

Sebaran :

Mulut jangan celupar sangat, kami pun manusia juga – Fauzi Nawawi

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi memaklumkan kepada orang ramai agar beradab apabila berbicara.

Menurut pelakon filem Munafik 2 itu, penonton atau siapa pun perlu menghormati sesama sendiri apatah lagi penggiat seni kerja mereka sekadar untuk menghiburkan.

“Saja nak bagitahu mulut jangan celupar sangat, kesian dekat kami. Kami pun manusia juga.

“Dah macam-macam kami telan semata-mata nak hiburkan anda semua. Bagilah kami sedikit ruang untuk bebas bernafas,” ujar Fauzi di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian hantaran terbaharu, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, ada memuat naik video siaran langsung berdurasi dua jam yang mengupas isu perihal cabaran getir hidup sebagai seorang artis.

“Cabaran anak seni. Artis selalunya dikecam bila buat salah. Kami pun manusia biasa, kami pun ada perasaan malu dan sedih,” katanya.

Dalam video tersebut turut diundang rakan selebriti terkenal seperti Jasmin Hamid dan Hafeez Mikail. Utusan

Mulut jangan celupar sangat – Fauzi Nawawi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply