Kemungkinan darurat diperlukan di Melaka seperti di Sarawak – Zahid

Kemungkinan darurat diperlukan di Melaka seperti di Sarawak – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kemungkinan pengisytiharan darurat diperlukan bagi menghalang berlakunya pilihan raya negeri di Melaka.

Ia selepas Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Mohd Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas nasihat Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.



Sulaiman telah mengemukakan permintaan itu dalam usaha untuk menghentikan usaha oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Idris Haron yang menjatuhkan pemerintahannya di negeri itu.

Pembubaran itu berlaku semalam (4 Oktober dan pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari.

Zahid berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan pilihan raya.

“Jika pandemik ini menurut pandangan KKM dan MKN amat bahaya untuk diadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari seperti ditetapkan dalam undang-undang pilihan raya, tentulah panduan sebagaimana berlaku di Sarawak mungkin boleh diikuti.



“Keadaan kesihatan dan pandemik ini harus diberikan keutamaan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. Mk

Kemungkinan darurat diperlukan di Melaka seperti di Sarawak – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker