Sasha Saidi Sudah Empat Kali Divaksin

Sasha Saidi Sudah Empat Kali Divaksin

Jika masih ada dalam kalangan artis atau ahli masyarakat yang menolak vaksinasi Covid-19, pengalaman yang dikongsikan oleh penyanyi Sasha Saidin yang juga anggota anggota kumpulan Elite sebagai penerima empat kali dos vaksin Covid-19 ketika ini barangkali boleh dijadikan inspirasi.

Menurut Sasha, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suaminya, Sirhan Wahab, 43, dia telah mula menerima vaksin sejak Disember tahun lalu.

“Ya, saya telah suntik empat dos vaksin. Sinopharm dos pertama Disember 2020. Sinopharm dos kedua Januari 2021. Pfizer dos pertama dan kedua pada Ogos 2021,” tulisnya di Instagram.

Tambah Sasha, kes jangkitan virus Covid-19 di UAE juga menurun dengan mendadak dan berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu tidak lama lagi.

“Syukur angka terbaharu kes Covid di UAE purata seminggu sekitar 311 kes. Harap angka akan terus turun dan kehidupan akan kembali normal seperti sebelum Covid,” ujar Sasha.

Dalam pada itu, Sasha turut menjawab persoalan peminat di Instagram yang bertanya tentang keperluan menyuntik pelbagai vaksin di dalam badan.

“Lebih baik bersedia daripada menangis kemudian hari. Semuanya kehendak Allah.

“Saya percaya tidak wajib (untuk suntikan tambahan), tetapi digalakkan untuk menambah suntikan vaksin kerana varian baru yang lebih agresif seperti Delta,” jawabnya.

Tambah Sasha, vaksin di UAE turut diberi secara percuma sama seperti di Malaysia dan berharap orang ramai mengambil vaksin sebagai pertahanan diri daripada virus Covid-19.AE

Sasha berpindah Dubai selepas berkahwin dengan suaminya, Sirhan Wahab, seorang duda anak dua pada 20 Januari tahun lalu.

Penyanyi yang juga kakak ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu memiliki seorang anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 11, hasil perkahwinan keduanya dengan seorang warga Indonesia, Salyo Priyanto, namun bercerai pada 2012.

Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003, tetapi bercerai empat tahun kemudian. – K! ONLINE

Sasha Saidi Sudah Empat Kali Divaksin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker