Abang Arwah Siti Sarah pernah menentang vaksin

Abang Arwah Siti Sarah pernah menentang vaksin

Abang Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin, 40, yang sebelum ini secara terang-terangan menentang suntikan vaksin Covid-19 akhirnya berubah fikiran selepas diuji dengan wabak berkenaan baru-baru ini.

Berdasarkan status yang dikongsi Ahmad Firdous Raissuddin di laman sosial Facebooknya, beliau mendedahkan kepada orang ramai mengenai pengalaman peritnya melawan penyakit Covid-19 tahap empat itu.



“Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada Covid-19, kalau orang cakap saya dulu antivaksin, memang betul saya antivaksin disebabkan sebab yang tertentu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kini bersedia untuk mengambil vaksin jika dibenarkan oleh doktor sebagai ikhtiar dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan urusan harian.

“Kalau esok boleh, esok juga saya mahu pergi cucuk vaksin, tapi doktor sarankan dalam keadaan paru-paru yang belum pulih, saya perlu tundakan dahulu.”

“Sekarang saya bersedia untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar kehidupan dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai urusan harian.



Ahmad Firdous juga turut membuat permohonan maaf kepada petugas barisan hadapan selain merakamkan penghargaan kepada frontliners yang bertungkus lumus menyelamatkannya.

“Covid adalah benar, pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh dan sebagainya, saya mohon banyak-banyak maaf pada doktor, jururawat dan berterima kasih kepada mereka.

“Kepada yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya, terima kasih banyak-banyak. Kepada frontliners memang saya respect (hormat). Frontliners yang menjaga saya di wad ICU, Terima kasih,” ujarnya.

Pada 10 Ogos lalu, Ahmad Firdous dirawat di hospital selama sebulan, sebelum itu adiknya, penyanyi Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos akibat berpunca Covid-19. K Online



Abang Arwah Siti Sarah pernah menentang vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker