Lokman Adam diterima sertai Umno semula – Tajuddin

Sebaran :

Lokman Adam diterima sertai Umno semula – Tajuddin

Permohonan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula diterima dengan beberapa syarat, kata Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin yang juga ahli MKT Umno berkata, permohonan semula Lokman sebagai ahli parti diterima baik, namun beliau tidak memperincikan syarat yang dikenakan.

“Permohonannya (Lokman) sebagai ahli Umno diterima balik, tetapi dengan beberapa syarat,” katanya selepas selesai mesyuarat MKT UMNO semalam, menurut laporan Berita Harian.

Pada 7 Februari tahun lalu, Lokman mendakwa beliau dipecat parti oleh Umno dalam mesyuarat MKT yang berlangsung pada hari berkenaan melalui undi angkat tangan yang tidak sepatutnya mengambil kira undian pengerusi negeri yang bukannya ahli Majlis Tertinggi.

Katanya, beliau reda dengan keputusan itu dan tetap setia kepada Umno.

Sementara itu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, fokus mesyuarat pada malam tadi adalah bagi memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“MKT Umno memberi sokongan padu kepada Ismail Sabri. Kita bersiap sedia untuk pilihan raya pada bila-bila masa dan soal pemilihan calon tidak timbul,” katanya. FMT

Lokman Adam diterima sertai Umno semula – Tajuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply