Pemuda Umno desak kerajaan jelaskan status kes Adib

Sebaran :

Pemuda Umno desak kerajaan jelaskan status kes Adib

Pemuda UMNO mendesak kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan secara telus serta terbuka berkenaan status terkini kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi sejarah hitam untuk negara.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat dan keluarga arwah Muhammad Adib berhak untuk mengetahui bagaimana siasatan dijalankan, memandangkan sudah begitu lama suspek kes tersebut gagal untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Pemuda UMNO telah meneliti kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,Datuk Zuraida Kamaruddin baru-baru ini di sebuah majlis di Ampang bahawa kes penyiasatan pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib ditutup sementara.

“Menurut laporan media, Ahli Parlimen Ampang itu juga berkata kes ini akan dibuka semula sekiranya wujud keterangan, maklumat dan bukti-bukti baharu serta komited untuk terus mencari siapa yang telah menyebabkan kematian Muhammad Adib,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Pada 27 September 2019, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.

Sepanjang prosiding inkues, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan Mohd Kassim turut dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Dalam pada itu ujar beliau, pihaknya juga meminta kerajaan untuk memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada Muhammad Adib yang disifatkan selaku wira negara.

Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan bayaran pampasan munasabah kepada pihak keluarga sebagai satu bentuk penghormatan atas jasa dan pengorbanan Muhammad Adib yang melaksanakan amanah negara hingga mengorbankan nyawa. Sinar

Pemuda Umno desak kerajaan jelaskan status kes Adib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah


Sebaran :

Leave a Reply