Bagaimana RMK12 akan dibiayai, soal Tok Mat

Sebaran :

Bagaimana RMK12 akan dibiayai, soal Tok Mat

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa kerajaan untuk telus mengenai sumber dana yang akan membiayai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang baru diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerajaan wajar menjelaskan bagaimana RMK-12 ini akan dibiayai. Rancangan yang baik hanya akan menghasilkan impak terbaik dengan pembiayaan yang mapan.

“Dalam keadaan hasil mahsul negara sangat terkesan akibat pandemik, hutang negara hampir mencecah 65 peratus GDP dan pertumbuhan yang terencat semenjak dua tahun lepas, maka kejayaan RMK-12 sangat bergantung kepada pembiayaannya.

“Ketelusan tentang bagaimana rancangan ini akan dibiayai, akan menjadikan RMK-12 bukan sahaja realistik tetapi mempunyai daya kebolehlaksanaan,” kata Mohamad pada hantaran di Facebook.

Dua hari lalu, Ismail Sabri memberitahu Dewan Rakyat kerajaan memperuntukkan RM400 bilion untuk projek pembangunan baru dan sedia ada.

RMK12 dijangka menjadikan Malaysia negara berteknologi dan berpendapatan tinggi menjelang 2025 dengan rancangan dasar negara untuk lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, Mohamad juga berkata amat penting kerajaan mengambil kira dampak pandemik telah menghapuskan pelbagai status quo dalam pencapaian ekonomi dan kehidupan masyarakat.

“Malaysia telah kehilangan hampir dua tahun yang produktif, di samping kesusutan luar biasa golongan kelas menengah, penggandaan golongan miskin mutlak dan tegar, kehilangan daya saing pelbagai sektor ekonomi serta kelohongan jelas dalam pelbagai sistem kesihatan, pendidikan dan sosial.

“Justeru, rancangan ini mesti dilaksanakan dengan mengambil kira semua kesusutan ini,” katanya.

Berdasarkan “perkiraan kasar” Mohamad, Malaysia telah mengalami kesusutan nilai pembangunan sebanyak “lima ke lapan tahun ke belakang dalam senario kes terburuk.”

“Contohnya, penengah gaji dan upah yang mengambil kira kesan inflasi menyusut lebih daripada 5 tahun ke belakang akibat krisis ekonomi kini.

“Mampukan Malaysia mengembalikan semua kehilangan ini dalam masa empat tahun akan datang,” soalnya lagi.

Mohamad juga berkata dari segi penjagaan kesihatan, pemodenan sektor kesihatan negara seharusnya melangkaui pelaburan infrastruktur fizikal termasuk pembinaan lebih banyak hospital serta menaiktaraf kualiti hospital nasional.

“Tambahan pula, Kerajaan perlu memperuntukkan dana lebih besar untuk melipatgandakan latihan kepakaran, memperkenalkan sistem pembiayaan kesihatan yang lestari, mengupayakan pelbagai penyelidikan kesihatan serta memperhebat strategi pencegahan penyakit.

“Tuntasnya, sektor kesihatan perlu menjadi asas keutamaan dalam setiap perancangan dan belanjawan negara.

“Kesejahteraan Keluarga Malaysia hanya akan direalisasikan apabila kesihatan warganya menjadi keutamaan nasional,” jelasnya. Mk

Bagaimana RMK12 akan dibiayai, soal Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah


Sebaran :

Leave a Reply