GoPro Hero 10 jamin kualiti gambar lebih baik

GoPro Hero 10 jamin kualiti gambar lebih baik

PADA masa ini, banyak jenama kamera untuk aktiviti lasak berlumba-lumba memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna semasa merakam detik-detik indah dalam bentuk gambar dan video.

Syarikat terkemuka GoPro tidak terkecuali dalam hal ini dengan melancarkan siri terbaharu model GoPro Hero 10 Black.



Untuk siri terbaharu ini, GoPro telah melakukan penambahbaikan bagi membolehkan pengguna merakam setiap momen indah dalam hidup dengan kualiti gambar dan video lebih mengagumkan.

Peranti itu dilengkapi dengan teknologi pemprosesan GP2 berprestasi tinggi.

Melalui teknologi tersebut, ia mampu merakam video sehingga resolusi 5.3K 60FPS, 4K 120FPS dan 2.7K 240FPS yang boleh dikatakan amat luar biasa.

Selain itu, peranti itu turut disertakan dengan sistem penstabilan HyperSmooth 4.0.



Ini bermakna, ia memberi kestabilan terhadap kualiti rakaman video secara keseluruhan.

Dalam hal ini, pengguna bebas untuk merakam video dalam apa juga keadaan.

Pemprosesan GP2 yang baharu itu juga digabungkan dengan sensor 23.6 megapiksel beresolusi ultra tinggi bagi membolehkan kualiti gambar dirakam seperti dalam kehidupan sebenar.

Melalui GP2 itu juga membolehkan ciri algoritma video dipertingkatkan.



Ini memberikan peranti berkenaan merakam perincian halus, tekstur yang lebih realistik dan kontras terbaik walaupun pada cahaya yang agak suram.

Akses untuk gambar dan video di peranti ini juga amat mudah dan boleh dimuat turun secara automatik ke akaun ruang penyimpanan GoPro pengguna semasa kamera sedang dicas.

Selain itu, ia juga boleh dipindahkan secara tanpa wayar ke aplikasi Quik pada kelajuan sehingga 30 peratus lebih pantas. K Online

GoPro Hero 10 jamin kualiti gambar lebih baik




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker