Umrah mungkin dibenar tak lama lagi – Idris
Umrah mungkin dibenar tak lama lagi – Idris
Umat Islam di negara ini dijangka dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat selepas kerajaan meneliti beberapa perkara sebelum ia dimuktamadkan nanti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang untuk membenarkan rakyat Malaysia mengerjakan ibadat umrah dan haji tahun depan.
“Kuota kebenaran ke Makkah bergantung kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka juga ada syarat yang ketat kerana Covid-19 dan kita perlu mengikuti peraturan di sana,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Haji anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).
Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan kesediaan pihaknya menyambut kedatangan 70,000 jemaah umrah sehari.
Menurut akaun Twitter jabatan tertinggi itu yang memetik kenyataan Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi, pihaknya bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi serta menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memudahkan segala urusan jemaah.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga 120,000 sehari berbanding 60,000 ketika ini. FMT
Umrah mungkin dibenar tak lama lagi – Idris
Baca Artikel Menarik :
- 37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19
- FIFA kagum gol roket Tae Su Sabah FC(Video)
- Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz
- Bung mohon maaf di Dewan Rakyat
- Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu
- Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM
- Khalid mengaku keluarkan surat sokongan
- Elizabeth Tan jadi mangsa buli, gantung tanpa tali
- Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut
- Harap Ismail betulkan tiga kesilapan dilakukan PH
- PU Syed Tegur Caprice “Bersumpah Dengan Nama Allah Atau Lebih Baik Diam”
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas
You must be logged in to post a comment.