Lelaki, bekas kekasih didakwa dengan niat sebabkan janin mati

Lelaki, bekas kekasih didakwa dengan niat sebabkan janin mati

Seorang lelaki yang juga seorang tentera dan bekas kekasihnya didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan dengan niat mahu mengelakkan janin yang berusia lima bulan dalam kandungan daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan janin tersebut mati selepas dilahirkan.

Tertuduh pertama Dayang Nur Juliena Johari, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, sebaliknya tertuduh kedua, Muhamad Nasarudin Hashim, 26, membuat mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan kedua-dua mereka secara bersama pada 22 Mei 2019 kira-kira jam 11 malam bertempat di sebuah rumah di Kok Lanas, Kota Bharu, dengan niat bersama memakan sebiji pil miferistone.

Perbuatan itu didakwa dengan niat hendak mengelakkam janin berusia lima bulan dalam kandungan (tertuduh pertama) daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan janin tersebut selepas kelahiran.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan itu ia boleh dihukum penjara sehingga tempoh 10 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fariz Abdul Hamid, manakala kedua-kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fariz menawarkan kedua-dua mereka diberikan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes bagi hukuman dan perbicaraan.

Kedua-dua mereka kemudiannya membuat rayuan agar jumlah jaminan tersebut diringankan memandangkan mereka mempunyai komitmen kewangan.

Mahkamah bagaimanapun mengekal tawaran jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes. Mk

Lelaki, bekas kekasih didakwa dengan niat sebabkan janin mati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker