Polis Buru Wallaby Terlepas Dari Zoo — MYKMU.NET

Polis Buru Wallaby Terlepas Dari Zoo

Sebaran :

Polis Buru Wallaby Terlepas Dari Zoo

SEEKOR wallaby melarikan diri daripada sebuah zoo di Aberdeenshire, Scotland sehari selepas tiba di pusat itu.

Haiwan yang berusia enam bulan berkenaan tiba pada Ahad lepas, namun berjaya melarikan diri melalui lubang kecil yang terdapat di pagar.

Kali terakhir wallaby yang diberi nama Eddie itu dilihat, adalah di luar sebuah pub di bandar berkenaan.

Pengurus Zoo Waulkmil Menagerie, Nikki Johnstone memberitahu BBC Scotland, kelihangan Eddie tidak membimbangkan kerana ia mampu hidup dengan memakan rumput atau tumbuhan lain yang ditemui di kawasan itu.

Menurut National Geographic, wallaby merupakan haiwan herbivor dan memakan rumput serta tumbuhan.

Tambahnya haiwan ini terdiri daripada keluarga kangaroo dan hanya terdapat di Australia serta pulau berdekatan negara itu.

“Hanya apa yang membimbangkan kita adalah cuaca sejuk kerana Eddie masih kecil lagi dan ia memerlukan lampu pemanas ketika musim sejuk,” kata Johnstone.

Selain itu katanya, Eddie tidak agresif terhadap manusia atau haiwan lain.

Johnstone turut berharap orang ramai dapat bantu menjejaki wallaby ini dan memulangkan Eddie kepada pihak zoo secepat mungkin.

Ini mungkin haiwan pertama dalam perhatian polis.

Pada Jun lepas, Newsweek melaporkan seekor burung unta terlepas daripada kawasan lapangan terbang di British Colombia, Kanada.

Sehingga kini, keberadaan burung unta masih tidak diketahui.BBC

Polis Buru Wallaby Terlepas Dari Zoo


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Suami cerai isteri kerana malas mandi

Israel mesti dipertanggungjawab dan bertanggungjawab – Ismail


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: