Kumpul Dana Dengan Hasil Cabutan Khas Judi Satu Formula Lingkupkan Negara

Oleh Nurul Aisyah

APA pun alasannya judi tetap haram. Masihkah anda ingat bidalan menang sorak kampung tergadai? Tidak ada manusia yang hidup senang selamanya hasil dari menang judi. Jadi tindakan Kementerian Kewangan membenarkan semua syarikat perjudian kembali melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini dilihat sebagai sangat tidak sesuai.

Cabutan khas judi itu adalah tambahan kepada aktiviti mingguan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Kebenaran itu disahkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

PAS sebagai sebahagian daripada kerajaan dilihat tidak selantang dahulu dalam menentang perkara ini. Reaksi PAS terhadap isu cabutan khas judi yang diizinkan kerajaan sekarang dianggap sekadar melepaskan batuk ditangga.

PAS mendakwa mereka konsisten menentang kegiatan judi termasuk kebenaran peningkatan cabutan khas nombor ramalan yang diumumkan Kementerian Kewangan. Mereka berkata, cabutan khas itu dilihat bukan satu-satunya jalan penyelesaian terbaik dalam menstabilkan ekonomi negara sebaliknya ia akan menjauhkan negara daripada memperolehi keberkatan Allah SWT.

Jika PAS ini betul-betul berpegang kepada Islam seperti didakwa dan dihebahkan kepada para walaknya, tentu ia membantah dengan sekeras-kerasnya sehingga keluar kerajaan jika perlu. Namun perkara ini tidak berlaku sedemikian.

PAS kini jadi bahan kecaman. Judi tersebut bukan diharamkan malah diperkasakan pula.

Asalnya cabutan khas berkenaan diperkenalkan sebagai langkah mengumpul dana ekoran ancaman virus Nipah lebih dua dekad lalu sebanyak 22 kali setahun.

Hakikatnya judi tidak pernah beri sebarang kesan positif. Apa yang pasti boleh dilihat dengan jelas melalui kesan-kesan negatif judi terhadap sosioekonomi masyarakat yang hanya mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding manfaat terhadap negara dan juga rakyat.

Dalam perkara ini memang kita perlukan pemimpin yang mampu menjana ekonomi negara. Ada banyak cara lain yang boleh memulihkan ekonomi mengapa judi juga yang dipilih. Kumpul Dana Dengan Hasil Cabutan Khas Judi Satu Formula Lingkupkan Negara

Kita perlukan pemimpin yang mempunyai kredibiliti yang sangat tinggi dalam menguruskan ekonomi negara. Bukan pemimpin yang mengkaya ahli keluarga mereka semata-mata. Bukan pemimpin yang tidak mampu memberi idea bernas dan melaksanakan projek-projek yang mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat keseluruhannya. Rindu zaman Najib.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker