Pengasas Popia Jamal Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Pengasas Popia Jamal Meninggal Dunia Akibat COVID-19

ALOR SETAR: Pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85 tahun, meninggal dunia akibat COVID-19 pada Sabtu.

Menurut anak sulung arwah, Sani Mohamad, 55 tahun, bapanya yang mempunyai komplikasi penyakit buah pinggang dan darah tinggi mengadu sukar bernafas dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 1.30 pagi semalam.

“Doktor memaklumkan ayah terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat pernafasan.

“Bagaimanapun pada jam 3.45 petang, kami sekeluarga dimaklumkan oleh pihak hospital, ayah telah menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Ihsan Seberang Perak sebaik selesai proses urusan di Unit Forensik HSB pada jam 11 pagi ini.

Sani Mohamad berkata, Allahyarham bapanya sebelum ini tinggal bersama adik bongsunya Fakir Mohamad, 45 tahun, di Jalan Seberang Perak, selepas mengalami pelbagai penyakit.

Kini, isteri Allahyarham Samsan Beevi Jamal Mohamed@Samsu, 68 tahun, masih dirawat di hospital sama selepas turut disahkan positif COVID-19.

Foto ihsan keluarga

Foto ihsan keluarga

Popia Jamal diasaskan Jamal Mohamed pada 1936 dan pada ketika itu dijual di hadapan Masjid Zahir, di sini.

Ia merupakan antara makanan kegemaran Sultan Kedah sebelum ini, Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim, pada majlis rasmi negeri di Istana Anak Bukit.

Selepas Allahyarham tidak berapa sihat, perniagaan Popia Jamal diwarisi dua anaknya dan dijual di Jalan Tun Abdul Razak dekat Taman Koperasi sehingga kini.

Pengasas Popia Jamal Meninggal Dunia Akibat COVID-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Suami cerai isteri kerana malas mandi

Israel mesti dipertanggungjawab dan bertanggungjawab – Ismail

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker