Remy Ishak hero Malaya rendah diri

Remy Ishak hero Malaya rendah diri

Dalam industri filem dan drama Malaysia, nama Remy Ishak cukup sinonim dengan kecekalan, bakat dan kejujuran seni yang luar biasa.

Remy bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berprestij, tetapi juga sebagai mentor yang memberi inspirasi kepada ramai pelakon baharu.



Kehebatannya dalam membawa watak berbeza mencetuskan kekaguman yang mendalam, menjadikannya tidak hanya seorang pelakon, tetapi juga ikon dalam dunia seni hiburan tanah air.

Namun, pelakon berusia 42 tahun ini kekal dengan sikap merendah dirinya dan menganggap proses pembelajarannya terus berlangsung walaupun sudah hampir dua dekad mengungguli carta Hero Malaya.

“Macam saya dahulu, saya pun ada idolakan seseorang. Tentunya apabila orang jadikan kita penanda aras, kita akan rasa berbangga kan. Tapi, saya sendiri pun masih belajar.

“Dalam dunia lakonan ini tak ada orang yang lama sebab kita semua bermula dengan benda baharu. Saya pun masih proses belajar. Jadi, bila orang rasa nak berlakon dengan saya, percayalah saya pun gementar.



“Sebab saya pun baharu. Setiap projek adalah baharu. Tapi, Alhamdulillah kalau ada orang rasa keterujaan itu,” katanya.

Kerana itu Remy sentiasa terbuka untuk membantu pendatang baharu saat dijadikan rujukan tatkala berada di set.

“Ada. Tapi, saya tak ingat nama. Dalam set pun ada yang tanya dan merujuk kepada saya. Okey sahaja untuk ajar. Kita tak boleh anggap budak baru lahir, terus berlari. Mereka perlukan masa untuk merangkak, kemudian berjalan.

“Beri mereka waktu. Saya pun pernah berada di situasi begitu. Takkan kita nak anggap mereka terus tahu semua,” katanya.



Tambah Remy, kebanyakan mereka hanya memiliki satu masalah utama iaitu rasa gemuruh.

“Sebab mereka ini kadang-kadang bila berjumpa orang lama, mereka jadi gemuruh dan fikiran mereka tersekat. Di rumah, dah hafal dialog semua, bila sampai dan jumpa depan-depan, hilang semua dialog.

“Budak baharu, masalah mereka adalah gemuruh sahaja kebanyakannya, tapi usaha mereka nampak bagus. Mereka kalau boleh nak jayakan babak itu sebab nak cuba,” katanya.

Ditanya mengenai sikap negatif, ia tidak hanya berlaku dalam kalangan pendatang baharu, bahkan ada juga pelakon lama yang bersikap sedemikian.



“Tapi, ada juga sebenarnya. Bukan kata budak baharu, orang lama pun ada yang tak buat persiapan. Saya lebih menyampah orang lama yang tak bersedia begitu.

“Walaupun itu tugas pengarah, tapi pengarah pun dah malas kalau berdepan orang lama begitu. Saya pula akan jadi lebih marah sebab saya nak bergandingan. Kalau kau tak memberi, kita tak boleh cari makan dan masa depan kita akan gelap.

“Saya jenis akan tegur terus terang secara baik. Berdialog perlukan kerjasama,” katanya.

Terbaharu, Remy kini membintangi drama bersiri Restu yang ditayangkan di platform iQiYi dan memegang karakter sebagai bapa tunggal bernama Razak.



“Tak adalah banyak perlukan masa sangat pun kerana ini adalah jalan cerita yang ringkas. Cuma, untuk menjadi karakter bapa tunggal itu, saya bergerak mengikut skrip. Tidak terlalu mendalami sangat.

“Cabarannya saya bukan berlakon dengan budak kecil, tetapi remaja. Jadi, untuk cipta hubungan ayah dengan anak remaja, memang ada hadnya.

“Kalau anak kecil, senang sikit untuk tunjukkan kita sebagai ayah, boleh pegang dan sebagainya. Tapi, untuk anak remaja perempuan, tak boleh begitu. Banyak perkara yang saya kena jaga.

“Memang nak dapatkan perasaan sebagai ayah itu, saya akui sedikit kekok walaupun skrip dapat lebih awal. Kemudian kami tak ada masa untuk berlatih, jadi agak mencabar.



“Tapi, alhamdulillah, sepanjang prosesnya, kami berjaya untuk buat juga sebab perkembangan skrip pun bukan plot untuk ‘lovey dovey’ punya karakter sahaja. Ada yang berat juga sedikit,” katanya.

Menurut Remy, ini juga satu pengalaman baharu kerana dapat berlakon bersama beberapa pendatang baharu.

“Perjalanan yang berbeza juga sebab setiap pelakon bawa karakter masing-masing. Saya dah kenal Elizad dah lama, jadi ‘sedaplah’ bekerja dengan Elizad.

“Saya belum pernah berlakon dengan Elizabeth Tan. Tapi, saya teringin nak berlakon dengan dia. Dia adalah pelakon yang bagus dan alhamdulillah dapat bekerjasama dengannya. Saya suka bekerja dengan dia.

“Ahirine pula, saya tak pernah bekerjasama. Dia artis baharu, tapi itu proseslah. Begitu juga dengan Wanna Ali. Sebenarnya, dalam menjadi karakter Razak, saya kenal setiap pelakon seperti dalam karakter mereka.

“Saya tak pasti, generasi ini memang karakter mereka begitu sampaikan saya terfikir, adakah mereka bermain karakter atau itu memang perwatakan mereka yang sebenar di luar set,” katanya.

Ditanya mengenai lakonannya untuk platform online berbanding televisyen (TV), Remy berkata, ini memberi ruang kepadanya untuk berkarya dengan lebih meluas.

“Lebih meluas. Bukan nak cakap TV tak bagus. Stesen TV okay. Tapi, ceritanya akan kerap nampak benda sama. Ada sahaja pembaharuan yang mereka buat, tapi penonton untuk karya yang mereka tayangkan tetap ada.

“Saya pula sebagai pelakon kalau buat benda itu berkali-kali, saya dah tak percaya dah dengan dialog, tak percaya dengan lakonan saya, saya jadi palsu, rasa dah kurang. Jadi, apabila berlakon saya tak ada rasa dan jiwa.

“Saya rasa seperti membohong. Daripada tak boleh jayakan, baik saya tak payah buat. Bila ada karya begini, ia beri nafas baharu. Saya suka teroka karakter dan jalan cerita berbeza-beza.

“Tapi, kalau ada drama untuk TV panggil, watak dan naskhah berbeza, saya akan terima. Tak ada masalah,” katanya. HM

Remy Ishak hero Malaya rendah diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker