Sempena Hari Badak Sumbu Sedunia, 2,500 Tanduk Badak Sumbu Dibakar [VIDEO]

Sempena Hari Badak Sumbu Sedunia, 2,500 Tanduk Badak Sumbu Dibakar [VIDEO]

HAMPIR 2,500 tanduk badak sumbu dibakar di Assam, India sempena Hari Badak Sumbu Sedunia.

Tindakan tersebut dilakukan bagi memberi mesej yang jelas bahawa kerajaan tempatan menentang keras kegiatan pemburuan haram di negara itu, lapor AP.

Tanduk berkenaan dilaporkan telah berada dalam simpanan pihak berkuasa selama sedekad lalu, diperolehi daripada pelbagai serbuan yang dilakukan.



Ada juga yang diperolehi daripada badak sumbu yang mati secara semula jadi di Taman Negara Kaziranga, penempatan terbesar badak sumbu tanduk tunggal di dunia.

Pembakaran secara besar-besaran itu dilakukan di sebuah stadium berdekatan Kaziranga pada Khamis.

Tindakan tersebut turut dikongsi Yayasan Hidupan Liar David Shepherd di akaun Twitter rasmi miliknya.

“Hari ini merupakan #WorldRhinoDay dan sempena hari tersebut, pihak berkuasa tempatan Assam telah mengambil langkah berani dengan membakar kira-kira 2,500 tanduk badak sumbu.

“Langkah tersebut mesej yang jelas bahawa tanduk badak sumbu tidak mempunyai khasiat kesihatan dan tindakan memburu haiwan tersebut tidak boleh diterima,” katanya.





Badak sumbu tanduk tunggal diklasifikasikan sebagai spesis terancam dan penjualan tanduknya diharamkan pada 1977.

Namun penjualan di pasaran gelap masih giat dijalankan terutamanya di China dan Vietnam kerana dipercayai dapat menyembuh pelbagai penyakit.

Menurut Yayasan Haiwan Sedunia, harga tanduk badak sumbu boleh mencecah sehingga AS$60,000 bagi setiap 500 gram di Asia.

Ini menjadikannya lebih berharga daripada emas, berlian dan dadah jenis kokaine.



Namun jelasnya, ia hanya berharga apabila berada pada badak sumbu yang masih hidup.

Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma berkata, ada pihak tertentu menyelar tindakan membakar tanduk badak sumbu tersebut dengan menyatakan ia patut dijual bagi menambah pendapatan kerajaan.

“Ada pihak berkata daripada membakar tanduk tersebut, kami sepatutnya menjualnya bagi menambah pendapatan kerajaan.

“Seperti dadah yang dirampas, pihak berkuasa dilarang untuk menjual tanduk ini,” katanya.



Walaupun badak sumbu dikawal ketat oleh polis hutan di India, pemburu haram masih berjaya membunuh haiwan tersebut.

Sempena Hari Badak Sumbu Sedunia, 2,500 Tanduk Badak Sumbu Dibakar [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker