Institusi Pendidikan Dibuka Dua Minggu Selepas Peralihan Fasa PPN - KPM — MYKMU.NET

Institusi Pendidikan Dibuka Dua Minggu Selepas Peralihan Fasa PPN – KPM



Sebaran :

Institusi Pendidikan Dibuka Dua Minggu Selepas Peralihan Fasa PPN – KPM

Susulan beberapa negeri catat peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), pembukaan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilaksana mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu tarikh peralihan fasa.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, ia melibatkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan peralihan fasa yang berbeza bermula 24 September.

Kenyataan itu menyebut, pembukaan institusi pendidikan di bawah KPM bagi Johor akan bermula pada 10 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Fasa 2 PPN.



Bagi institusi pendidikan di Pahang kekal pada 4 Oktober berdasarkan ketetapan pengoperasian institusi pendidikan Fasa 2 PPN.

Namun memandangkan negeri itu beralih ke Fasa 3, maka pengoperasian mengikut ketetapan fasa 3 PPN bermula 11 Oktober.

Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di negeri Sembilan pula kekal 4 Oktober berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi Fasa 3 PPN.

Memandangkan Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4 PPN, pengoperasian mengikut fasa berkenaan akan bermula pada 18 Oktober 2021.

Oleh itu pengoperasian institusi pendidikan di Kedah akan bermula pada 10 Oktober 2021 untuk kumpulan murid berkenaan.



Manakala murid lain kekal mengikut pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Bagi negeri lain yang tidak terlibat dalam peralihan fasa, jelas KPM pengoperasian adalah berdasarkan fasa sedia ada seperti diumumkan KPM pada 12 September lalu.

Insitutsi Pendidikan bawah KPM ini merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru.

Ia juga terpakai kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.



Institusi Pendidikan Dibuka Dua Minggu Selepas Peralihan Fasa PPN – KPM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?


Sebaran :


Leave a Reply

%d bloggers like this: