Pulau Pinang masih milik Kedah

Pulau Pinang masih milik Kedah

ALOR SETAR: Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, berkata dokumen yang dipamerkan itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Jelasnya, Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

“Perkara ini sudah dijelaskan 50 tahun lalu, oleh Sejarahwan, R Bonney di dalam bukunya ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ bahawa tidak ada perjanjian pajakan, tetapi kita masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

“Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja, sepatutnya perkara ini dijelaskan kepada semua pihak bahawa tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, dokumen dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah terbabit ada dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain turut disimpan pihak Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Katanya, pihaknya mencadangkan naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetul supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

“Berpandukan hujah pada buku ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’, kami mendapati tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

“Berdasarkan hujah itu juga, kami mengambil pendirian menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini,” katanya.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak Kedah selain meminta negeri itu tidak campur tangan dalam hal berkaitan negeri ini. BH

Pulau Pinang masih milik Kedah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker