Kereta terbakar selepas langgar dua kenderaan di lampu isyarat

Kereta terbakar selepas langgar dua kenderaan di lampu isyarat

SUNGAI PETANI: Sebuah kereta terbakar akibat kerosakan enjin selepas melanggar dua buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Kejadian yang tular di media sosial berlaku di Kilometer 57.5 Jalan Alor Setar-Butterworth dekat Tanah Perkuburan India, Sungai Petani kira-kira jam 1 petang Khamis.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketiga-tiga kenderaan itu bergerak dari arah sama iaitu arah Lagenda Heights ke arah pusat bandar Sungai Petani.

Menurutnya, kenderaan jenis Hyundai Elantra yang dipandu seorang wanita berusia 31 tahun itu telah mengalami kebakaran di bahagian enjin setelah berlanggar dengan kereta jenis Proton Persona dan Honda City yang sedang berhenti di lampu isyarat.

“Nahas dipercayai berlaku semasa wanita terbabit yang datang dari arah belakang, gagal membrek lalu melanggar bahagian belakang Proton Persona.

“Akibat perlanggaran itu, Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun terlajak ke hadapan dan melanggar sebuah lagi kereta di hadapan iaitu Honda City yang dipandu wanita berusia 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Menurut Adzli, pemandu lelaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian hidung manakala dua pemandu lain tidak mengalami kecederaan.

“Kejadian turut menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah laluan terlibat.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959,” katanya.-SH

Kereta terbakar selepas langgar dua kenderaan di lampu isyarat




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker